Trio Malaysia Terlepas Peluang Genggam Pingat - Sukan | mStar

Trio Malaysia Terlepas Peluang Genggam Pingat

GUANGZHOU: Harapan untuk menyaksikan atlet boling negara khususnya bagi kategori wanita untuk meraih pingat di arena boling Sukan Asia masih lagi tidak kesampaian.

Dalam acara trio yang menamatkan saingan pada Sabtu, trio yang menjadi harapan untuk meraih pingat sebarang warna Sharon Koh, Esther Cheah dan Shalin Zulkifli ketinggalan 97 pin di belakang pemenang pingat emas, trio dari Singapura.

Pada saingan blok kedua yang berlangsung Sabtu, gandingan trio negara itu mengumpul 3,820 jatuhan pin.

"Hari ini (Sabtu) permainan saya kurang menjadi... permainan saya semacam hilang arah. Bagaimanapun, melihat kepada jumlah jatuhan pin yang kami lakukan dalam acara trio ini, kami masih boleh memberikan saingan terbaik dalam acara berpasukan Ahad," kata pemain senior, Shalin Zulkifli.

Bagi pemenang pingat emas acara perseorangan wanita empat tahun lepas di Doha, Qatar, Esther mahu melupakan apa yang berlaku pada Sabtu dan memberi tumpuan kepada acara berpasukan.

"Fokus kami sekarang adalah kepada acara berpasukan. Kami masih meletakkan harapan tinggi untuk memperoleh pingat bagi Malaysia," kata Esther.

Sementara, bagi satu lagi trio yang terdiri daripada Zatil Iman Abdul Ghani, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Sin Li Jane berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 3,736 pin.

Acara trio wanita dimenangi oleh gandingan dari Singapura terdiri daripada Cherie Tan, Geraldine Ng dan Shayna Ng yang mengumpul 3,917 jatuhan pin.

Pingat perak menjadi milik trio pertama Korea Selatan dengan 3,849 pin dan gangsa menjadi milik trio China dengan 3,841 pin.

Nasib serupa turut menyelubungi trio lelaki dalam acara trio apabila sekadar di tempat keenam dan kesembilan.

Gandingan Adrian Ang, Aaron Kong dan Alex Liew berjaya mengumpul 3,846 jatuhan pin, manakala Muhd Nur Aiman Khairuddin, Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Zulmazran Zulkifli dengan 3,776 jatuhan pin.

Selepas saingan trio, Zulmazran dan Li Jane diketepikan daripada saingan berpasukan yang bermula Ahad.

Untuk saingan All-event lelaki selepas tiga acara, Alex dan Adrian berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 pemain terbaik untuk mara ke perlawanan Masters.

Alex kini di tempat keempat dengan mengumpul 4,023 mata, manakala Adrian di tempat ke-14 dengan 3,897 mata.

Dalam saingan All-event wanita pula, hanya Sharon sahaja yang berada dalam kelompok 16 pemain terbaik setakat ini dengan berada di kedudukan kelapan selepas mengumpul 3,807 mata. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Skuad Pelayaran Raih Dua Perak, Satu Gangsa

Artikel Berikut

Aksi Atlet Malaysia Pada Sukan Asia Hari Ini

Artikel Berkaitan

default image

Indra Putra Mahayudin Bakal Sertai T'Team

default image

Skuad Goalball Sasar Lima Pasukan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain