Pelapis Boling Padang Berentap Dengan Pasukan Asing Esok - Sukan | mStar

Pelapis Boling Padang Berentap Dengan Pasukan Asing Esok

KUALA LUMPUR: Seramai 10 pemain pelapis negara akan menggalas cabaran di Kejohanan Boling Padang Sime Darby Asia Pasifik Merdeka di Stadium Tertutup Bayuemas Boling Padang, Klang, Selangor bermula esok hingga 26 November.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (MLBF), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemain baru negara diharap dapat memberikan tentangan sengit kepada beberapa pasukan ternama luar negara dalam arena boling padang seperti Australia dan Filipina.

"Kita tidak menurunkan pemain elit negara pada kali ini kerana mereka telahpun beraksi dalam temasya Sukan Komanwel di New Delhi bulan lepas. Kita ingin memberi laluan kepada pemain baru menimba ilmu dan memberi pendedahan beraksi bersama pemain luar negara," katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Boling Padang di Bukit Kiara hari ini.

Pasukan lelaki dibarisi Mohd Hizlee Rais, Mohd Azwan Suhaimi, Zulhilmie Ridzuan, Salahuddun Razali dan Mohd Syahmil Syazwan manakala wanita terdiri daripada Nor Shafeeqah Yahya, Emma Firyana Saroji, Maisarah Aminludin, Nor Zafirah Md Nor dan Norehawati Daud.

Ahmad Sarji berkata kejohanan itu akan dijalankan mengikut format Pusingan Robin, dengan dua pasukan teratas bertemu pada perlawanan akhir.

Pada kejohanan itu, seramai 30 peserta dari 11 negara iaitu Malaysia, Australia, Brunei, China, Fiji, Hong Kong, India, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian.

Ahmad Sarji berkata penyertaan bagi setiap kejohanan itu, yang diasaskan sejak 2006, tidak menghampakan kerana sering mendapat penyertaan lebih 10 pasukan dari luar negara walaupun ketika ini Sukan Asia di Guangzhou, China sedang berlangsung.

Yayasan Sime Darby merupakan penaja utama Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik Merdeka untuk empat edisi lepas.

Bagi tahun ini, Ahmad Sarji berkata hadiah wang tunai bernilai US$32,000 (RM99,680) akan diberikan kepada pemenang tiga kategori berlainan iaitu kategori individu lelaki, wanita dan beregu campuran.

"Setiap pemenang tempat pertama dalam kategori individu lelaki dan wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai US$5,000 (RM15,575) manakala tempat kedua sebanyak US$2,500 (RM7,787) dan dua pemenang dipilih dalam tempat ketiga akan mendapat US$1,000 (RM3,115)," katanya.

Bagi kategori beregu campuran, juara akan membawa pulang US$7,000 (RM21,805) manakala naib juara akan pulang dengan US$3,000 (RM9,345) dan dua pemenang di tempat ketiga akan mendapat US$1,500 (RM4,672).

Juara bertahan individu lelaki, Anthony Kiepe dari Australia dijangka mengambil bahagian pada kejohanan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemain Ragbi Malaysia Diuji Positif Kanabis

Artikel Berkaitan

default image

Indra Putra Mahayudin Bakal Sertai T'Team

default image

Skuad Goalball Sasar Lima Pasukan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain