suria

Perpindahan Lindegaard Ke Old Trafford Masih Dalam Perbincangan

MANCHESTER United bersedia berbincang dengan Aalesund mengenai penjaga gol kebangsaan Denmark, Anders Lindegaard (gambar).

Pengerusi Aalesund, Bjarne Haagensen mendedahkan dia kini berada di England bersama ejen Lindegaard, Henrik Hoff untuk berbincang dengan United.

Haagensen mengakui bahawa perbincangan itu akan merealisasikan perpindahan Lindegaard ke Old Trafford dalam tempoh beberapa jam saja.

Media melaporkan perjanjian itu akan disempurnakan dalam tempoh 48 jam dengan bayaran perpindahan bernilai 3.5 juta pound (RM17.56 juta).

"Henrik dan saya berada di Manchester. Kami sedang berbincang mengenai kontrak Lindegaard. Kami akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa tiga hingga empat jam," kata Haagensen.

Lindegaard sudah kembali ke kelabnya selepas mengekalkan rekod tanpa bolos ke atas Republik Czech tetapi dia tidak memberikan apa-apa komen berhubung perpindahan itu.

"Saya hanya terdengar khabar angin mengenai United. Saya tiada sebarang komen," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain