Sukan Asia: Korea Selatan Menang Emas Dan Perak Acara Boling Beregu Wanita - Sukan | mStar

Sukan Asia: Korea Selatan Menang Emas Dan Perak Acara Boling Beregu Wanita

GUANGZHOU: Pemain boling Korea Selatan mengejutkan pasukan Malaysia apabila memenangi pingat emas dan perak acara beregu wanita pada Sukan Asia ke-16 di sini Khamis.

"Pemain kita perlu meningkatkan prestasi jika mereka mahu memenangi pingat dalam Sukan Asia. Dilihat kepada pesaing kita, kebanyakan negara yang mengambil bahagian menunjukkan peningkatan, terutamanya bintang muda yang baru menyinar.

"Bagi pasukan Malaysia pula, jika kita masih mahu menjadi pasukan yang disegani, saya berpendapat pemain wanita kita perlu bangkit semula. Kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja," kata pengurus pasukan boling, Cheah Ban Cheng.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Guangzhou Bowling Hall, Khamis, pemain berpengalaman Shalin Zulkifli dan Esther Cheah sekadar menduduki tempat ke-13 setelah melakukan 2,432 jatuhan pin, manakala Sharon Koh-Zatil Iman Abdul Ghani di tempat ke-14 dengan 2,428 jatuhan pin.

Selain itu, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi-Sin Li Jane mempamerkan persembahan paling hambar apabila berkesudahan di tempat ke-19 dengan 2,344 jatuhan pin.

Mengulas mengenai prestasi pemain boling muda Malaysia, Zatil Iman Abdul Ghani dan Sin Li Jane, Cheah berkata mereka semakin mendapat rentak permainan.

"Saya percaya pemain muda kita akan menunjukkan peningkatan semasa kejohanan ini berlangsung. Pasukan wanita kita seharusnya dapat menyumbangkan pingat," katanya.

Dalam pertandingan yang diadakan sebanyak enam permainan, pemain Korea Selatan sebenarnya menguasai tiga tempat teratas namun hanya dihadiahkan pingat emas dan perak berikutan peraturan yang melarang sesebuah negara daripada memenangi kesemua tiga pingat.

Kombinasi Choi Jin A dan Gang Hye Eun menduduki tempat teratas setelah melakukan 2,687 jatuhan pin manakala dua lagi pasangan, Son Yun Hee-Hong Su Yeon dan Hwang Sun Ok-Jeon Eun Hee masing-masing mengumpul 2,664 dan 2,603 jatuhan pin.

Pingat gangsa bagaimanapun diberi kepada gandingan dari China, Yang Suiling-Zhang Yuhong, yang mengumpul 2,593 jatuhan pin. Boling diteruskan dengan acara trio Jumaat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain