Sepanyol Tersungkur Di Tangan Portugal - Sukan | mStar

Sepanyol Tersungkur Di Tangan Portugal

Postiga menjaringkan dua gol ketika pertemuan di Stadium Luz, Lisbon.
Postiga menjaringkan dua gol ketika pertemuan di Stadium Luz, Lisbon.

PORTUGAL mempamerkan persembahan menakjubkan apabila membelasah juara Piala Dunia, Sepanyol 4-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Estadio da Luz.

Gol Portugal hadir menerusi satu jaringan masing-masing dari Carlos Martins dan Hugo Almeida serta dua sumbangan Helder Postiga.

Perlawanan itu menandakan bidaan bersama-sama kedua-dua negara untuk menganjurkan Piala Dunia pada 2018. Mereka tidak mengecewakan peminat masing-masing apabila sentiasa menekankan taktik serangan.

Cristiano Ronaldo dan Nani yang meraikan hari lahir ke-24 menjadi nadi utama kekuatan Portugal untuk menjinakkan Sepanyol.

Nani berpeluang menjaringkan gol ketika perlawanan memasuki saat ke-90 tetapi percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Iker Casillas.

Sepanyol terpaksa berusaha keras untuk merapatkan jurang gol tetapi percubaan jarak jauh Andres Iniesta tidak berhasil.

Portugal memecah kebuntuan ketika perlawanan memasuki babak kedua.

BARISAN PEMAIN

PORTUGAL: Eduardo, Joao Pereira, Bruno Alves, Carvalho, Bosingwa, Meireles, Joao Moutinho, Carlos Martins, Ronaldo, Nani, Postiga (pemain gantian: Rui Patricio, Pepe, Veloso, Danny, Paulo Machado, Fernandes, Hugo Almeida)

SEPANYOL: Casillas, Sergio Ramos, Pique, Puyol, Capdevila, Busquets, Xavi, Alonso, Iniesta, Villa, Silva (pemain gantian: Reina, Valdes, Albiol, Marchena, Torres, Fabregas, Arbeloa, Pedro, Llorente, Javi Martinez, Santi Cazorla)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain