suria

ESPN STAR Sports, Panasonic Siar BPL Dalam 3D

Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Jeff Lee dan Naib Pengerusi Bahagian Pemasaran ESPN Asia Tenggara Adam Zecha bergambar bersama selepas memeterai perjanjian tayangan perlawanan bola sepak BPL terpilih secara langsung musim ini dalam tiga dimensi (3D) di Malaysia. Foto THE STAR Oleh: SAM THAM.
Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Jeff Lee dan Naib Pengerusi Bahagian Pemasaran ESPN Asia Tenggara Adam Zecha bergambar bersama selepas 
memeterai perjanjian tayangan perlawanan bola sepak BPL terpilih secara langsung musim ini dalam tiga dimensi (3D) di Malaysia. Foto THE STAR Oleh: SAM THAM.
Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Jeff Lee dan Naib Pengerusi Bahagian Pemasaran ESPN Asia Tenggara Adam Zecha bergambar bersama selepas memeterai perjanjian tayangan perlawanan bola sepak BPL terpilih secara langsung musim ini dalam tiga dimensi (3D) di Malaysia. Foto THE STAR Oleh: SAM THAM.

KUALA LUMPUR: Perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL) pastinya menjadi tumpuan sesiapa saja di pelosok dunia tidak kira jantina mahupun usia. Di Malaysia, ianya bukan fenomena baru malah sudah wujud sejak era 70-an lagi.

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, ESPN STAR Sports dan syarikat gergasi elektronik, Panasonic pada Selasa memeterai perjanjian bersama untuk menyediakan kemudahan tayangan perlawanan bola sepak BPL terpilih secara langsung musim ini dalam tiga dimensi (3D) di Malaysia.

Pemeteraian yang ditandatangani oleh Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Unit Jualan, ESPN STAR Sports, Adam Zecha dan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee Wee Leong untuk tempoh tiga tahun itu turut dilaksanakan bagi memenuhi citarasa peminat bola sepak BPL di Malaysia dan seluruh Asia.

Menurut Adam, jalinan kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak berkongsi misi dalam memperluaskan kemudahan peminat sukan menerusi format tayangan terbaru dan lebih menarik ini.

"Saya amat teruja untuk bekerjasama dengan Panasonic sebagai penaja bersekutu. Kepuasan penonton sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami yakin bola sepak akan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua pihak di samping memberikan liputan terbaik penonton," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Jalinan kerjasama itu menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di Asia menikmati kemudahan tayangan perlawanan BPL terpilih secara langsung dalam 3D menerusi syarikat televisyen berbayar di negara ini, Asto.

Sementara itu, Jeff berkata, BPL sentiasa mencetuskan keghairahan peminat bola sepak di Malaysia. Oleh itu, ESPN STAR Sports selaku pembekal rancangan sukan terkemuka di Asia mampu memberikan liputan terbaik secara berterusan kepada peminat sukan.

"Kerjasama ini bertindak sebagai platform terbaik untuk berhubung dengan penonton lelaki. Pada masa sama juga kami berpeluang memperkukuhkan jenama dan mendekati pelanggan menerusi BPL," jelasnya.

Sejak permulaan musim 2010/2011, siaran BPL secara langsung dan rancangan bola sepak berkaitan yang ditayangkan menerusi saluran ESPN STAR Sports mampu menarik perhatian 3.8 juta penonton di rumah.

Artikel Lain