suria

The Blues Terkulai Di Laman Sendiri

Pemain-pemain Sunderland meraikan kemenangan mereka selepas menumpaskan Chelsea, 3-0 pada perlawanan EPL awal pagi, Isnin.
Pemain-pemain Sunderland meraikan kemenangan mereka selepas menumpaskan Chelsea, 3-0 pada perlawanan EPL awal pagi, Isnin.
Pemain-pemain Sunderland meraikan kemenangan mereka selepas menumpaskan Chelsea, 3-0 pada perlawanan EPL awal pagi, Isnin.

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mencalar rekod tanpa kalah di laman sendiri apabila dibelasah pasukan pelawat, Sunderland 0-3 pada perlawanan di Stamford Bridge awal pagi Isnin.

Kehilangan tiga tonggak utama The Blues memberi kesan besar kepada pasukan kendalian Carlo Ancelotti ini setelah Frank Lampard dan John Terry direhatkan kerana kecederaan, manakala Michael Essien digantung permainan selepas menerima kad merah pada pertemuan menentang Fulham Rabu lalu.

Gol pembukaan Sunderland dilakukan pada minit ke-45 oleh Nedum Onuoha sebelum separuh masa pertama tamat, manakala Asamoah Gyan menambah jurang gol pada minit ke-52.

Sementara itu, Danny Welbeck mengukuhkan jaringan ketiga dengan kedudukan selesa pada minit ke-87.

Kemenangan ini merupakan kejayaan pertama pasukan pimpinan Steve Bruce ini di tempat lawan.

Manakala kekalahan ini juga menyaksikan persembahan terburuk Chelsea sepanjang minggu ini selepas hanya menang 1-0 menentang Fulham sebelum ini, dan kalah 0-2 kepada Liverpool minggu lalu.

Chelsea bakal berdepan dengan Birmingham hujung minggu ini dan perlawanan ini dianggap penting sekiranya ingin terus mengetuai kedudukan liga, manakala Sunderland akan menerima kunjungan Everton.

Chelsea: Cech, Bosingwa, Ferreira, Ivanovic, Cole, Ramires, Mikel, Zhirkov, Malouda, Drogba, Anelka. (Pemain simpanan): Turnbull, Kalou, Van Aanholt, Bruma, Kakuta, McEachran, Sala

Sunderland: Gordon, Onuoha, Turner, Bramble, Bardsley, Henderson, Zenden, Cattermole, Richardson, Welbeck, Gyan. (Pemain simpanan): Mignolet, Malbranque, Angeleri, Da Silva, Riveros, Elmohamady, Adams

Artikel Berikut

Artikel Lain