Malaysia Akan Anjur Persidangan Perubatan Sukan - Sukan | mStar

Malaysia Akan Anjur Persidangan Perubatan Sukan

KUALA LUMPUR: Malaysia, buat julung kalinya akan menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai perubatan sukan pada Mac depan, yang akan dijadikan platform untuk membida Kongres Perubatan Sukan Global Ke-33.

Presiden Persatuan Perubatan Senaman dan Sukan Malaysia (SSEMM) Datuk Dr Mohd Mydin berkata 30 negara telah mengesahkan penyertaan dan lebih ramai penyertaan dijangka daripada anggota Persekutuan Perubatan Sukan Antarabangsa (FIMS).

SSEMM kini dalam peringkat akhir menentukan senarai penceramah antarabangsa untuk kongres itu yang akan meliputi pelbagai bidang seperti asma dalam sukan, sel stem dan perubatan sukan, doping dan perubatan pemulihan.

"Kongres antarabangsa ini adalah kejayaan yang membanggakan untuk SSEMM selepas kegagalan membuat bidaan awal tahun ini untuk menjadi tuan rumah Kongres Perubatan Sukan Global Ke-32 pada 2014," kata Dr Mohd Mydin kepada Bernama di sini, Isnin.

FIMS juga memutuskan untuk menganjurkan mesyuarat eksekutifnya di Kuala Lumpur sempena kongres antarabangsa itu dan pada majlis itu Malaysia akan membuat bidaan sebagai tuan rumah kongres dunia Ke-33.

SSEMM yang ditubuh pada Mac lepas, antara lain bertujuan meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di kalangan mereka yang terlibat dalam sukan dan perubatan senaman sehingga ke peringkat paling tinggi.

Pratonton acara itu untuk media diadakan di sini pada Khamis dengan dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Dr Mohd Mydin dan beberapa personaliti sukan tempatan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain