suria

United Sekadar Seri, Kekal Rekod Tanpa Kalah

PASUKAN Manchester United masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun sekadar seri 2-2 menentang Aston Villa di Villa Park, Sabtu.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan Aston Villa lebih banyak mengawal permainan dan menunjukkan corak permainan pantas walaupun United cuba mencuri peluang menjaringkan gol.

Kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Sementara itu, pada separuh masa kedua, perlawanan semakin sengit apabila berlaku beberapa adegan kasar yang menyebabkan Javier Hernandez turut dilayangkan kad kuning pada minit ke-62.

Namun keadaan berubah apabila pada minit ke-72, Ashley Young berjaya mendahului pasukan pelawat setelah sepakan penalti yang dilakukan gagal diselamatkan penjaga gol United, Van der Sar.

Dengan kehadiran 40,073 penonton memenuhi stadium, Aston Villa sekali lagi meninggalkan United apabila Marc Albrighton berjaya manambah gol minit ke-76.

Ketinggalan 0-2 kepada Aston Villa tidak mematahkan semangat anak buah Sir Alex Ferguson itu, malah serangan demi serangan dilakukan dan pemain gantian Federico Macheda berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-81 permainan.

Kedaan semakin terdesak bagi kedua pasukan, namun kesilapan benteng pertahan Aston Villa menyebabkan Nemanja Vidic berjaya meloloskan diri ke kawasan gol sebelum menanduk masuk hantaran silang yang dilakukan Nani.

Keputusan kekal seri hingga akhir permainan.

Aston Villa: Friedel, Luke Young, Dunne, Collins, Warnock, Albrighton, Hogg, Bannan, Downing, Ashley Young, Agbonlahor. (Pemain simpanan): Guzan, Delfouneso, Osbourne, Lichaj, Herd, Lowry, Johnson

Man Utd: Van der Sar, Brown, Ferdinand, Vidic, Evra, Park, Fletcher, Carrick, Nani, Hernandez, Berbatov. Pemain simpanan): Amos, Smalling, Fabio Da Silva, O’Shea, Obertan, Macheda, Gibson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain