suria

Chamakh Julang The Gunners

Chamakh menanduk masuk gol untuk membantu Arsenal mengutip tiga mata penuh di Molineux.
Chamakh menanduk masuk gol untuk membantu Arsenal mengutip tiga mata penuh di Molineux.
Chamakh menanduk masuk gol untuk membantu Arsenal mengutip tiga mata penuh di Molineux.

WOLVERHAMPTON: Arsenal bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dengan menundukkan Wolverhampton Wanderers 2-0 menerusi dua jaringan penyerang Marouane Chamakh di Molineux, awal pagi Khamis.

Penyerang Morocco itu membuka jaringan seawal minit pertama, gol terpantas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebaik saja penjaga gol Lukasz Fabianski melakukan penyelamatan tangkas pada saat akhir, bekas penyerang Bordeaux itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

Ia adalah kemenangan kali ke-11 The Gunners ke atas Wolves dalam kesemua perlawanan dan menyuntik semangat anak buah Arsene Wenger selepas kekalahan di tangan Shakhtar Donetsk dan Newcastle.

Arsenal tidak mengambil masa terlalu lama untuk menjinakkan Wolves dan menjadikan mereka pasukan terpantas menyumbat gol dalam EPL.

Jaringan pembukaan The Gunners ditanduk masuk Chamakh selepas memanfaatkan hantaran silang Alex Song. Wolves terus dirundung malang apabila David Edwards diusung keluar padang kerana mengalami kecederaan dan posisinya diambil alih Stephen Hunt.

Pasukan tuan rumah memperbaiki rentak permainan sebaik perlawanan babak kedua bermula tetapi segalanya sudah terlambat apabila Chamakh menjaringkan gol kedua untuk membantu Arsenal menduduki tempat ketiga, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Chelsea.

BARISAN PEMAIN

WOLVES: Hahnemann, Foley, Berra, Stearman, Ward, Mancienne, Henry, Milijaš, Edwards, Doyle, Jarvis. (pemain gantian: Hennessey, Elokobi, Van Damme, Mouyokolo, Hunt, Fletcher, Ebanks-Blake.)

ARSENAL: Fabianski, Sagna, Squillaci, Djourou, Clichy, Rosicky, Song, Fabregas, Wilshere, Arshavin, Chamakh. (pemain gantian: Wojciech, Eboue, Denilson, Nasri, Van Persie, Walcott, Bendtner.)

Artikel Sebelum

Wilkins Tinggalkan Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain