suria

Stoke Kembali Garang

Jerome (tengah) meraikan jaringannya untuk Birmingham City.
Jerome (tengah) meraikan jaringannya untuk Birmingham City.
Jerome (tengah) meraikan jaringannya untuk Birmingham City.

STOKE City menewaskan Birmingham City 3-2 dalam aksi penuh mencabar di Stadium Britannia, awal pagi Rabu.

Jaringan lewat Dean Whitehead ketika perlawanan berbaki lima minit membantu Stoke meraih kemenangan di gelanggang sendiri selepas kecundang kepada Sunderland minggu lalu.

Perlawanan babak pertama kelihatan hambar apabila Robert Huth menjaringkan gol pertama untuk Stoke sebelum corak permainan berubah menjadi agresif di separuh masa kedua.

Ricardo Fuller menjaringkan gol menakjubkan untuk meletakkan Stoke di depan dengan 2-0 sebelum Birmingham bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Keith Fahey dan Cameron Jerome.

Kemenangan itu membolehkan Stoke mengisi tempat ke-15 dalam kedudukan terkini pasukan Liga Perdana Inggeris.

Ryan Shawcross terlepas pertemuan itu selepas menerima kad merah di Sunderland, minggu lalu.

Namun gandingan mantapnya di bahagian pertahanan, Huth memberi impak besar kepada pasukan kendalian Tony Pulis apabila menjaringkan gol pertama untuk Stoke pada minit ke-44.

BARISAN PEMAIN

Stoke: Begovic, Huth, Faye, Higginbotham, Collins, Pennant, Whitehead, Delap, Etherington, Jones, Fuller (Pemain gantian: Subs: Sorensen, Whelan, Gudjohnsen, Wilson, Walters, Sanli, Wilkinson)

Birmingham: Foster, Carr, Dann, Johnson, Ridgewell, Larsson, Ferguson, Gardner, Beausejour, Jerome, Zigic (Pemain gantian:Doyle, Bowyer, Phillips, Derbyshire, Fahey, Parnaby, Hleb)

Artikel Lain