suria

Spurs, Sunderland Sekadar Seri 1-1

Gol tunggal Van der Vaart (tengah) masih belum cukup membantu Spurs mencatat kemenangan di gelanggang sendiri.
Gol tunggal Van der Vaart (tengah) masih belum cukup membantu Spurs mencatat kemenangan di gelanggang sendiri.
Gol tunggal Van der Vaart (tengah) masih belum cukup membantu Spurs mencatat kemenangan di gelanggang sendiri.

TOTTENHAM Hotspur gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di White Hart Lane apabila sekadar terikat 1-1 dengan Sunderland pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Rabu.

Anak buah Harry Redknapp kelihatan terdesak untuk melakar kemenangan selepas tewas 2-4 kepada Bolton Wanderers tetapi sekali lagi dikecewakan Sunderland yang menampilkan persembahan bertenaga.

Rafael Van der Vaart memecah kebuntuan untuk The Lillywhites pada minit ke-64 menerusi percubaan jarak dekat sebelum kerapuhan benteng pertahanan Spurs memberi ruang kepada Asamoah Gyan untuk mengikat kedudukan.

Spurs menguasai perlawanan pada babak pertama dengan mempamerkan corak permainan berkualiti tetapi gagal menjinakkan Sunderland.

Luca Modric nyaris membuka jaringan awal pada minit keempat tetapi rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol Sunderland, Craig Gordon.

Gordon bergelut dengan kecederaan lengan musim lalu tetapi beraksi dengan cemerlang bersama Black Cats dalam usaha meraih satu mata di gelanggang lawan.

Penyerang Roman Pavlyuchenko yang disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas beraksi cemerlang di Stadium Reebok gagal membantu Spurs meraih kemenangan selepas rembatannya tersasar jauh.

BARISAN PEMAIN

TOTTENHAM: Gomes, Hutton, Kaboul, Gallas, Assou-Ekotto, Bentley, Huddlestone, Modric, Bale, Van der Vaart, Pavlyuchenko. (Pemain gantian: Cudicini, Jenas, Palacios, Crouch, Bassong, Kranjcar, Corluka)

SUNDERLAND: Gordon, Onuoha, Turner, Bramble, Ferdinand, Henderson, Cattermole, Riveros, Richardson, Zenden, Gyan. (Pemain gantian: Mignolet, Bardsley, Malbranque, Angeleri, Da Silva, Welbeck, Elmohamady)

Artikel Lain