Pandalela, Bibiana Dan Brian Terima Insentif DRP Kerajaan Sarawak - Sukan | mStar

Pandalela, Bibiana Dan Brian Terima Insentif DRP Kerajaan Sarawak

KUCHING: Tiga atlet dari Sarawak yang memenangi pingat pada kejohanan Sukan Komanwel New Delhi 2010 menerima insentif khas daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada kejayaan mereka menaikkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Datuk Seri William Mawan Ikom berkata Pandalela Rinong anak Pamg dan Bibiana Ng, yang merangkul emas serta perak, masing-masing dalam acara terjun dan menembak, menerima RM50,000 seorang.

Turut menerima insentif itu ialah Brian Nickson Lomas yang menerima insentif RM15,000 atas kejayaan memenangi dua pingat gangsa.

"Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi insentif kepada anak Sarawak yang memenangi pingat dalam kejohanan Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou iaitu RM40,000 (emas), RM20,000 (perak) dan RM10,000 (gangsa) manakala jumlah separuh untuk setiap atlet yang mendapat pingat melalui pasukan," katanya ketika sesi penggulungan kementerian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-16 di sini, Selasa.

Mawan berkata insentif berjumlah RM115,000 itu merupakan tambahan kepada insentif yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara. Dalam pada itu, katanya kementerian melalui Majlis Sukan Negeri Sarawak akan meneruskan program pembangunan atlet sukan di Sarawak sebagai persiapan menghadapi kejohanan peringkat nasional dan antarabangsa.

Setakat ini, kira-kira 5,000 atlet diberi latihan oleh jurulatih yang dilantik Majlis Sukan Negeri Sarawak di 188 pusat latihan sukan di seluruh negeri Sarawak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Murray Masih Anak Emak - Becker

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain