suria

Hargreaves Direhatkan Lima Minggu

BERITA buruk buat pemain tengah Manchester United, Owen Hargreaves yang disahkan tidak dapat beraksi selama lima minggu kerana kecederaan hamstring.

Hargreaves mengalami kecederaan itu selepas lima minit beraksi menentang Wolverhampton Wanderers Sabtu lalu.

Lebih kurang dua tahun sejak menyarung jersi United, Hargreaves telah menghadapi situasi sukar yang telah menjejaskan kariernya termasuk mengalami kecederaan serius di lutut.

Kini pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson terpaksa mengetepikan pemain yang dibeli dari kelab Bayern Munich itu sehingga bulan depan dan Hargreaves dijangka beraksi dalam program Krismas nanti.

“Kami yakin kecederaan lutut Owen sudah pulih. Sejak lapan hingga sembilan hari lalu sesi latihannya sedikit terjejas. Pun begitu dia telah melakukan tugasnya dengan baik dan sebab itu kami masih mengharapkan kehadirannya.

“Namun keadaan ini juga mungkin terjadi disebabkan faktor tekanan lain yang turut menjejaskan prestasinya,” katanya.

Artikel Lain