suria

Van der Vaart, Moyes Terbaik

Van der Vaart, pemain terbaik EPL untuk bulan Oktober.
Van der Vaart, pemain terbaik EPL untuk bulan Oktober.
Van der Vaart, pemain terbaik EPL untuk bulan Oktober.

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Rafael van der Vaart dicalonkan sebagai pemain Liga Perdana Inggeris terbaik bagi bulan Oktober manakala pengurus Everton, David Moyes menerima anugerah pengurus terbaik.

Van der Vaart yang berhijrah ke White Hart Lane pada saat akhir dari Real Madrid menjaringkan empat gol daripada tujuh penampilan bersama Spurs.

Everton memperoleh 10 mata daripada empat perlawanan liga bulan ini untuk membantu Moyes merangkul anugerah tertinggi itu.

Perlawanan itu termasuk menewaskan Birmingham, Liverpool dan Stoke serta terikat seri dengan Spurs menerusi jaringan saat akhir Van der Vaart.

Moyes menerima anugerah itu sebanyak lapan kali dan kali ketiga pada 2010. Beliau turut dicalonkan sebagai pengurus LMA terbaik tahunan, tiga musim berturut-turut sejak menyertai The Toffees pada 2002.

Artikel Sebelum

Artikel Lain