suria

Redknapp Minat Ketuai Great Britain Di Olimpik, London

HARRY Redknapp (gambar) mengakui berminat untuk mengemudi pasukan bola sepak Great Britain pada Olimpik 2012.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengaitkan pengurus Tottenham Hotspur itu dan pengurus skuad England bawah 21 tahun, Stuart Pearce sebagai calon pilihan utama untuk mengetuai Great Britain di London.

Redknapp yang turut dikaitkan bakal mengisi posisi Fabio Capello selaku pengurus England menegaskan dia tidak tahu sama ada Persatuan Olimpik Britain mempertimbangkan tawaran itu kepadanya.

Namun, beliau mengakui berminat untuk mengemudi pasukan itu jika diberi peluang.

"Sudah semestinya saya mahu jika diberi peluang. Orang lain juga akan berkata sedemikian. Namun, saya tidak tahu siapa yang diberi tanggungjawab untuk memilih pengurus yang sesuai dan siapa yang dipilih," jelas Redknapp.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Olimpik 2012, Lord Coe sebelum ini pernah mengemukakan tawaran terhadap pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson untuk memegang jawatan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain