Malaysia Tewaskan Kyrgyzstan 2-1 - Sukan | mStar

Malaysia Tewaskan Kyrgyzstan 2-1

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1.

Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang di antara kedua-dua pasukan, namun penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha bijak mencari ruang dan berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-27.

Tertekan dengan kedudukan itu, Kyrgyzstan rancak menggasak kubu pasukan negara dan memperoleh gol penyamaan 1-1 menerusi jaringan Sydykov pada minit ke-37.

Selepas rehat, pasukan negara kembali menguasai perlawanan apabila berjaya menjarakkan kedudukan menerusi S. Chanturu pada minit ke-60.

Sementara itu, ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong gembira dengan kejayaan itu dan percaya bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke peringkat lebih jauh.

"Kejayaan hari ini membuktikan kita mampu lakukan sesuatu jika berusaha secara bersungguh-sungguh. Walaupun kita bermain tanpa barisan pemain senior tidak bermakna bahawa kita akan tewas sebelum perlawanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zolkples turut menasihatkan pemain agar tidak terlampau gembira dengan kejayaan hari ini kerana mereka bakal berdepan dengan saingan sebenar pada Rabu ini iaitu Jepun.

Pertemuan Malaysia-Jepun dijadualkan berlangsung di venue sama pada pukul 4 petang waktu tempatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Nadal Sedia Tawan London

Artikel Berkaitan

default image

Misi Mencari Tiga Emas

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain