suria

Liverpool Sekat Kemaraan Chelsea

Torres (kiri) berjaya menjaringkan dua gol kemenangan ke atas Chelsea pada pertemuan awal pagi Isnin.
Torres (kiri) berjaya menjaringkan dua gol kemenangan ke atas Chelsea pada pertemuan awal pagi Isnin.
Torres (kiri) berjaya menjaringkan dua gol kemenangan ke atas Chelsea pada pertemuan awal pagi Isnin.

PENYERANG Liverpool, Fernando Torres menyekat kemaraan pendahulu liga apabila berjaya menumpaskan Chelsea, 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi Isnin.

Fernando yang sebelum ini dikritik gara-gara prestasinya yang hambar telah membuktikan bisanya masih menyekat sekaligus membantu kelabnya mengutip tiga mata penuh.

Kekalahan kedua pasukan kendalian Carlo Ancelloti ini menjadikan kedudukan Chelsea (25 mata) hanya dibezakan dengan dua mata dengan pencabar terdekat, Manchester United (23 mata), manakala ini merupakan kemenangan ketiga The Reds musim ini.

Kemenangan ini juga menyaksikan Liverpool kini berpindah pada kedudukan ke-9 liga dan pastinya meninggalkan jauh zon pernyingkiran yang dihuninya sebelum ini.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Liverpool telah menunjukkan corak permainan mantap dengan melakukan serangan pantas, menakala Chelsea gagal menampilkan aksi mantap seperti sebelum ini.

Torres berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-11 selepas mendapat hantaran jauh daripada Dirk Kuyt sekali gus melepasi benteng pertahanan Chelsea.

Manakala gol kedua The Reds hadir beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat, apabila sepakan lintang Torres gagal diselamatkan panjaga gol Chelsea, Peter Cech.

Babak seperuh masa kedua pula menyaksikan kebangkitan The Blues dengan kemasukan Didier Grogba, namun gagal mencari gol sehingga ke wisel penamat.

Liverpool bakal mencari kemenangan keempatnya Rabu ini apabila akan berkunjung ke Wigan, manakala Chelsea perlu mencari kembali rentak permainan sekiranya ingin terus mengetuai liga dalam pertemuan menentang jiran mereka, Fulham pada hari yang sama.

Pasukan Liverpool: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchesky, Meireles, Lucas, Kuyt, Gerrard, Maxi, Torres. (Pemain simpanan): Hansen, Jovanovic, Wilson, Ngog, Spearing, Poulsen, Shelvey.

Pasukan Chelsea: Cech, Ivanovic, Terry, Alex, Cole, Ramires, Mikel, Zhirkov, Kalou, Anelka, Malouda.(Pemain simpanan): Turnbull, Drogba, Bosingwa, Ferreira, Sturridge, Kakuta, McEachran.

Artikel Sebelum

Artikel Lain