suria

Norhafizi Juara Cabaran Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2010

SETIU: Penunggang pasukan Tengku Mahkota Kelantan, Wan M.S.Norhafizi Wan M.S. Norzihan, muncul juara Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2010 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, di sini, Ahad.

Penunggang berusia 19 tahun itu menewaskan 68 peserta dalam kejohanan sejauh 120 kilometer dengan catatan masa enam jam 20 minit dan 23 saat.

Kejayaan itu membolehkan Wan M.S.Norhafizi membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Tempat kedua pula disandang oleh penunggang pasukan State of Terengganu Endurance Team (STET), Ahmad Azura Abdul Ghani dengan catatan masa 6'20:41s dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Datuk Shuib Ishak dari pasukan Ar-Raudhah Equine Centre dengan masa 6'21:08s.

Ahmad Azura memperoleh hadiah wang tunai RM20,000 manakala Shuib pula membawa pulang RM15,000.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Wan Mohd Kamaluddin Wan Yusof dari pasukan STET pula menduduki tempat keempat (6'44:32s) manakala rakan sepasukan Shahruddin Abdullah menduduki tempat kelima dengan catatan masa 7'06:46s.

Kehjohanan edisi kelima itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Terengganu dan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES).

Majlis penyampaian hadiah itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Datuk Mazlan Ngah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain