suria

Kerajaan Negeri Sedia Bantu PBSNT Wujud Kompleks Bola Sepak

KUALA TERENGGANU:Kerajaan negeri sedia membantu Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mewujudkan kompleks bola sepak di negeri itu sebagai langkah jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata untuk itu PBSNT perlu mencari tempat dan membuat permohonan kepada kerajaan.

Rozi berkata sudah sampai masanya PBSNT memiliki sebuah kompleks bolasepak memandangkan sukan bolasepak kini suatu perniagaan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Tahunan 2010-2014 PBSNT di sini, Sabtu.

Beliau berkata rancangan PBSNT itu merupakan satu strategi yang tepat dalam usaha PBSNT melahirkan pemain bertaraf antarabangsa pada masa depan.

Dalam hal ini, Rozi berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan perlu berbincang lebih mendalam dengan pihak atasan.

Sementara itu, Yang DiPertua PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata persatuan itu sekarang sedang mencari kawasan untuk tapak kompleks tersebut seluas lebih 20 hektar.

Menurut beliau mengikut perancangan pelbagai kemudahan akan turut disediakan seperti padang bola, gelanggang sepak takraw, tenis, badminton dan lain-lain.

Beliau berkata pembinaan kompleks berkenaan akan dibuat secara berperingkat dengan perbelanjaan dijangka lebih RM25 juta.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain