suria

Tiada Jaminan Untuk Hodgson

PEMILIK Liverpool, John W Henry enggan memberi jaminan jangka masa panjang terhadap Roy Hodgson (gambar) berhubung masa depannya selaku pengurus kelab itu.

Henry yang mengambil alih Liverpool bulan lalu menegaskan kelab Merseyside itu memerlukan tempoh dua tahun lagi sama ada untuk membina stadium baru atau memperbesar Anfield.

"Saya tidak boleh berjanji mengenai masa depan dalam organisasi kerana dua bulan lalu saya tidak tahu menahu tentang bola sepak Inggeris. Kami tetap dengan pendirian pengurus pasukan," kata Henry yang juga pemilik New England Sports Ventures.

Roy tidak sepatutnya dikritik tahun ini kerana beliau tidak membina skuad sedia ada.

"Saya bertanggungjawab untuk menyokong beliau dan memastikannya ada dana secukupnya untuk memperkuat pasukan," ujarnya.

Beliau berjanji memberikan pelaburan secukupnya di dalam skuad tetapi enggan mendedahkan jumlah wang yang diberikan kepada Hodgson di Anfield sejak Julai lalu.

Keputusan dalam pembelian pemain hanya diserahkan kepada Pengurus dan Pengarah Strategi Bola Sepak yang baru, Damien Comolli.

"Kami perlu melabur untuk pasukan ini. Objektif jangka masa panjang kami mampu menyaingi Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Kami mahu menjadi lebih kompetitif pada setiap tahun," tambahnya.

Artikel Lain