suria

Man City Terkulai di Stadium Miejski

PASUKAN Manchester City terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Lech Poznan pada saingan Liga Europa Kumpulan A di Stadium Meijski Poznan, Jumaat.

Pemain Lech Poznan, Dimitrije Injac berjaya mengikat kedudukan 1-0 pada separuh minit pertama apabila menghasilkan gol pada ke-30.

Namun pada minit ke-51, tandukan penyerang Man City Emmanuel Adebayor gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Buric sekali gus mengikat kedudukan 1-1.

Permainan semakin rancak apabila tandukan Manuel Arboleda pada minit ke-86 menjarakkan kedudukan dengan Man City namun satu lagi jaringan Mozdzen (m-90) pada minit akhir permainan menjadikan kemenangan itu milik pasukan kendalian Jose Maria Bakero.

Pasukan Man team: Given, Richards, Bridge, Zabeleta, Milner, Wright-Phillips, Adebayor, A Johnson, Lescott, Vieira, Boyota, Hart, Kompany, Kolarov, Barry, Silva, Jo, Balotelli

PAsukan Lech Poznan: Buric, Kikut, Bosacki, Arboleda, Henriquez, Peszko, Injac, Djurdjevic, Krivets, Stilic, Rudnevs, Kotorowski, Gancarczyk, Bandrowski, Wilk, Kielb, Zapotoka, Mozdzen.

Artikel Lain