suria

Malouda Terlepas Aksi Menentang Liverpool

Malouda tidak beraksi menentang Liverpool kerana kecederaan buku lali.
Malouda tidak beraksi menentang Liverpool kerana kecederaan buku lali.
Malouda tidak beraksi menentang Liverpool kerana kecederaan buku lali.

PENGURUS pasukan Chelsea, Carlo Ancelotti (gambar) mengesahkan Florent Malouda tidak akan beraksi menentang Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

Bintang Perancis itu masih dibelenggu kecederan buku lali selepas beraksi menentang Blackburn hujung minggu lalu.

“Malouda mengalami kecederaan di buku lalinya dan masih lagi dalam proses pemulihan. Walaupun tidak serius tetapi saya tidak menggalakkan dia bermain pada perlawanan menentang Liverpool ini. Selepas seminggu mungkin dia akan kembali bermain,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Dengan ketiadaan penjaring terbanyak itu, Frank Lampard, Michael Essien dan John Terry diharap berada dalam keadaan terbaik selepas pasukan ini menang ke atas Spartak Moscow pada saingan Liga Juara-juara (CL), Rabu lalu.

“Kami harap Frank boleh beraksi, Terry kemungkinan saya memberi rehat kepadanya kerana dia telah banyak beraksi dan saya mahu mengekalkan pemain-pemain yang ada, manakala Essien mempunyai sedikit masalah di bahagian tapak kaki, namun dia dijangka cergas menjelang perlawanan nanti,” kata Ancelotti.

Sementara itu, penyerang Ivory Coast, Didier Droba berharap dapat membantutkan kebangkitan Liverpool selepas dia berjaya menjaring gol pertama European menentang Spartak baru-baru ini.

“Tidak pernah ada masa gembira apabila bertandang ke Liverpool kerana mereka adalah pasukan yang kuat. Mereka cuba menggunakan perlawanan ini sebagai musim permulaan mereka, tetapi kami telah bersedia.

“Kini kita dapat lihat perubahan yang telah berlaku pada pasukan itu berbanding pada awal permulaan musim. Mereka telah menang dua kali berturut-turut dan tahap keyakinan mereka semakin tinggi.

“Kami perlu berhati-hati. Memang betul kami tidak takut kepada mana-mana pasukan tetapi kami kini menghadapi saat yang getir.

"Semenjak saya berada di sini, perlawanan kedua sangat menarik dan ia sentiasa sukar. Kami akan ke sana untuk menang walaupun ia bukan mudah,” katanya.

Artikel Lain