Hatrik Gerrard Tundukkan Napoli - Sukan | mStar

Hatrik Gerrard Tundukkan Napoli

Gerrard berjaya menghasilkan tiga gol pada perlawanan menentang Napoli Liga Europa awal pagi ini.
Gerrard berjaya menghasilkan tiga gol pada perlawanan menentang Napoli Liga Europa awal pagi ini.

KAPTEN Liverpool, Stevern Gerrard berjaya melakukan jaringan hatrik selepas menumpaskan Napoli 3-1 pada saingan Liga Europa, pagi Jumaat.

The Reds kembali bangkit selepas kalah 0-2 kepada Everton, namun selepas itu kemenangan terus mengiringi mereka dengan berjaya mengatasi Blackburn Rovers 2-1 dan menang ke atas Bolton,1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Kemenangan hatrik ini sekaligus bakal menjadi semangat buat pasukan Roy Hodgson menjelang pertemuan dengan pendahulu EPL, Chelsea minggu ini.

Kini Liverpool mendahului Kumpulan K dengan mungutip lapan mata dalam empat perlawanan, diikuti pasukan Steaua (5 mata), Napoli dan Utrecht berkongsi tiga mata.

Turut hadir menyaksikan perlawanan ini ialah pemilik baru kelab, John W Henry dan isterinya, Linda Pizzuti berada bersama pengurus kelab.

Gerrard yang baru pulih dari kecederaan mula menunjukkan taringnya apabila apabila pada minit ke-86 sepakan penaltinya tepat ke gol.

Hanya seminit selepas itu, dia sekali lagi menjulang nama Liverpool setelah melakukan penyudah yang baik di depan gol.

Pemain tengah Liverpool ini terus teruja untuk menambah jaringan dan Gerrard telah membuktikan pasukannya layak memenangai perlawanan ini dengan menghasilkan jaringan ketiga pada minit ke-89.

Pasukan Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen, Spearing, Shelvey, Meireles, Jovanovic, Ngog. Subs: Hansen, Gerrard, Lucas, Wilson, Kelly, Skrtel, Eccleston.

Pasukan Napoli: De Sanctis, Campagnaro, Cannavaro, Aronica, Maggio, Pazienza, Gargano, Dossena, Hamsik, Lavezzi, Cavani. Subs: Gianello, Grava, Dumitru, Santacroce, Zuniga, Yebda, Sosa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Artikel Lain