Sukan Asia: Kontinjen Negara Sasar Sembilan Emas - Sukan | mStar

Sukan Asia: Kontinjen Negara Sasar Sembilan Emas

Shabery (tengah) menyerahkan jalur gemilang kepada Chef de Mission Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong (kanan). Foto THE STAR/CHAN TAK KONG
Shabery (tengah) menyerahkan jalur gemilang kepada Chef de Mission Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong (kanan). Foto THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan meraih lapan pingat emas pada Sukan Asia di Doha empat tahun lalu, Malaysia meletakkan sasaran sembilan pingat emas pada temasya yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 12 hingga 27 November ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sasaran yang diletakkan itu dibuat berdasarkan perkiraan realistik selepas mengambil kira keupayaan atlet dan jenis sukan yang dipertandingkan kelak.

"Sasaran perlu diletakkan agar kita boleh memperbaiki keputusan pada edisi lepas. Kalau dulu kita dapat lapan pingat emas di Doha, kali ini kita mensasarkan sembilan pingat emas. Namun kita tidak boleh bercakap besar kerana apa saja boleh berlaku dalam sukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Parlimen, Rabu.

Shabery berkata, kutipan pingat emas negara dapat direalisasikan menerusi acara basikal, boling, wushu, skuasy dan terjun.

"Kalau dibandingkan dengan negara lain, skuad berbasikal negara ada kemampuan untuk memenangi beberapa acara. Begitu juga boling, kita sasarkan untuk meraih tiga emas atau lebih. Kita juga ada rekod lebih baik dalam acara wushu. Acara skuasy pula lebih mudah di sini berbanding di Sukan Komanwel," ujarnya.

Bagaimanapun, Shabery enggan meletakkan sebarang sasaran pingat emas dalam acara badminton kerana menyedari kehebatan atlet tuan rumah dan Korea.

"Kita tidak berani letak sasaran pingat emas dalam acara badminton kerana faktor kehadiran atlet tuan rumah dan Korea. Namun tiada apa yang mustahil jika Datuk Lee Chong Wei melakukan kejutan. Semua ini berada dalam jangkauannya jika beliau memberikan persembahan terbaik," katanya.

Harapan emas negara juga diletakkan di bahu atlet terjun negara, Pandelela Rinong Pamg dan Bryan Nickson Lomas selepas melihat prestasi cemerlang mereka pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lalu.

"Pandelela dan Bryan melakukan terjunan hampir sempurna pada Sukan Komanwel, lepas. Tidak mustahil apa saja boleh berlaku jika mereka mengekalkan konsistensi masing-masing," jelasnya.

Justeru, Shabery berharap agar sasaran itu dapat dicapai memandangkan ia adalah anggaran paling konservatif.

Untuk edisi ke-16 kali ini, Malaysia menghantar kontinjen terbesar melibatkan 337 atlet berserta 126 pegawai.

Jaguh beregu lelaki badminton negara, Koo Kien Keat diberi kepercayaan sebagai pembawa jalur gemilang pada temasya yang mempertandingkan 42 acara itu.

Artikel Sebelum

Sukan Asia: Ayuni Mahu Kekal Konsistensi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain