suria

Real, Milan Sekadar Seri 2-2

Inzaghi (kiri) menerima pelukan daripada Mourinho selepas tamat perlawanan di San Siro, awal pagi Khamis.
Inzaghi (kiri) menerima pelukan daripada Mourinho selepas tamat perlawanan di San Siro, awal pagi Khamis.
Inzaghi (kiri) menerima pelukan daripada Mourinho selepas tamat perlawanan di San Siro, awal pagi Khamis.

MILAN: Pemain gantian, Pedro Leon menjaringkan gol penyamaan saat akhir untuk membantu Real Madrid terikat 2-2 dengan AC Milan sekali gus menjamin tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Filippo Inzaghi yang diturunkan dari bangku simpanan menjaringkan dua gol di saat Milan bergelut untuk merapatkan defisit 1-0 di Madrid.

Namun Leon menerima hantaran bola di kawasan penalti dan menyudahkan sepakan ke gawang pasukan tuan rumah yang gagal ditepis penjaga gol Christian Abbiati.

"Ia adalah pengalaman menakjubkan untuk anak buah saya beraksi di San Siro tetapi mereka masih perlu belajar corak permainan dalam perlawanan seperti ini.

"Pada babak kedua kami perlu menamatkan perlawanan tetapi nyaris tewas. Ia adalah pengajaran besar buat kami. Pedro Leon menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan ini dan membantu kami mara ke peringkat kalah mati," jelas Pengurus Real, Jose Mourinho.

Real mendominasi babak pertama dan berada di depan pada minit ke-45 menerusi gol Gonzalo Higuain.

Namun kehadiran Inzaghi seolah-olah memberi semangat baru kepada Milan pada separuh masa kedua yang dilihat hanya bergantung sepenuhnya terhadap penyerang Alexandre Pato.

Barisan pemain-pemain Real Madrid: 1-Iker Casillas; 4-Sergio Ramos, 2-Ricardo Carvalho, 3-Pepe, 12-Marcelo; 24-Sami Khedira, 14-Xabi Alonso; 22-Angel Di Maria, 23-Mesut Ozil, 7-Cristiano Ronaldo; 20-Gonzalo Higuain.

Manakala pasukan AC Milan: 32-Christian Abbiati; 20-Ignazio Abate, 33-Thiago Silva, 13-Alessandro Nesta, 19-Gianluca Zambrotta; 8-Gennaro Gattuso, 21-Andrea Pirlo, 27-Kevin-Prince Boateng; 7-Alexandre Pato, 11-Zlatan Ibrahimovic, 80-Ronaldinho.

Artikel Sebelum

Artikel Lain