suria

Murray Kalah Pusingan Kedua ATP Valencia

ANDY Murray (gambar) terkeluar pada saingan ATP Valencia selepas kalah pada pusingan kedua, 6-2 3-6 6-2 kepada pemain Argentina, Juan Monaco, awal pagi Khamis.

Pemain nombor empat dunia itu terpaksa akur dengan keputusan itu walaupun pada perlawanan di Shanghai dua minggu lalu Murray berjaya menundukkan Monaco pada saingan separuh akhir.

Murray yang turut mengalahkan Roger Federer pada saingan akhir ATP Shanghai mengakui dirinya tidak berada dalam keadaan terbaik selepas bercuti meraikan perkahwinan adiknya, Jamie.

“Juan bermain dengan baik. Saya tahu dia mengalami kecederaan sebelum ini, namun hari ini permainan sungguh menakjubkan. Dia seorang pemain yang konsisten.

“Dia langsung tidak melakukan kesalahan dan bukan mudah untuk mengalahkan dia jika kamu tidak berada dalam keadaan yang sedia,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain