suria

Gol Eduardo Bantu Shakhtar Benam Arsenal

Eduardo (kanan) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan.
Eduardo (kanan) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan.
Eduardo (kanan) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan.

DONETSK: Eduardo menjaringkan gol kemenangan Shakhtar Donetsk pada minit ke-45 sekali gus membantu pasukannya menewaskan Arsenal 2-1 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu membolehkan pasukan tuan rumah berkongsi sembilan mata dengan Arsenal yang masih mengisi kedudukan teratas Kumpulan H.

The Gunners mendahului seawal minit ke-10 menerusi percubaan Theo Walcott tetapi juara liga bola sepak Ukraine itu kembali bangkit hasil jaringan Dmyrto Chygrynskiy sebelum Eduardo melengkapkan gol kemenangan.

Kedua-dua pasukan hanya perlu memenangi satu daripada dua perlawanan akhir peringkat kumpulan mereka untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati.

Arsenal bermula cemerlang dan meletakkan kedudukan 1-0 selepas Walcott menggegar gawang lawan pada minit ke-10. Sejurus selepas itu, Shakhtar mula menemui rentak permainan dan kembali melakukan serangan balas.

Chygrynskiy menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-28 dan Eduardo melakukan penyudah bergaya pada minit ke-45 selepas menerima hantaran kapten Dario Srna.

BARISAN PEMAIN

Shakhtar Donetsk: Pyatov, Srna, Chygrynskiy, Rakitskiy, Rat, Gai, Hubschman, Jadson, Eduardo, Willian, Luiz Adriano (Pemain gantian: Khudzamov, Kucher, Kobin, Stepanenko, Douglas Costa, Alex Teixeira, Moreno)

Arsenal: Fabianski, Eboue, Squillaci, Djourou, Clichy, Eastmond, Wilshere, Walcott, Rosicky, Nasri, Bendtner (Pemain gantian: Szczesny, Sagna, Koscielny, Vela, Chamakh, Emmanuel-Thomas, Lansbury)

Artikel Sebelum

Artikel Lain