suria

Wilshere Sambung Kontrak Panjang Bersama Arsenal

Wilshere akan terus bersama Arsenal untuk jangka masa panjang.
Wilshere akan terus bersama Arsenal untuk jangka masa panjang.
Wilshere akan terus bersama Arsenal untuk jangka masa panjang.

PEMAIN tengah England, Jack Wilshere bersetuju menyambung kontrak jangka panjang bersama kelabnya Arsenal.

Wilshere,18, sehingga kini telah membuat 27 penampilan untuk kelab Arsene Wenger itu dan turut beraksi pada perlawanan antarabangsa menentang Hungary Ogos lalu.

“Jack merupakan pemain yang berkaliber dan mempunyai potensi yang tinggi. Setakat ini dia telah menunjukkan prestasi terbaik dan mampu memberi tekanan kepada lawan,” kata Wenger.

Wilshere yang mula menyarung jersi Arsenal ketika berumur 16 tahun ketika menentang Blackburn Rovers, September 2008.

“Pada umur 18 tahun, saya masih dalam proses pembelajaran mengenai corak permainan dan diri saya.

"Ini adalah kelab yang terbaik, pasukan yang sempuran, mempunyai penyokong setia, kemudahan yang lengkap dan paling penting ia mempunyai pengurus yang sempurna untuk meneruskan kejayaan kelab,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain