suria

Kelantan Julang Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia setelah menumpaskan Negeri Sembilan, 2 - 1 pada saingan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Jaringan awal Negeri Sembilan pada minit ke-14 oleh Shahrulain Abu Samah hasil sepakan penalti setelah dijatuhkan penjaga gol Kelantan tidak mematahkan semangat anak buah B. Sathianathan untuk mencari gol penyamaan.

Sementara itu, gol penyamaan hadir pada minit ke-57 hasil daripada tandukan Hairuddin Omar sekali gus menjadikan permainan semakin rancak.

Barisan pemain Negeri Sembilan sedikit tempang apabila ayam tambatan mereka, Aidil Zafuan Abd Razak terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan di lutut menjadikan benteng pertahanan agak longgar.

Pada minit ke-65, Mohd Badri Radzi menjadi pemusnah Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol kemenangan selepas melepasi benteng pihak lawan.

Keputusan 2-1 hingga ke wisel penamat menjadikan Negeri Sembilan akur untuk menyerahkan piala yang dijulangnya tahun lalu kepada Kelantan.

Pasukan:

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Muhd Shukor Adan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Qhairil Anwar Roslani, (Mohd Shaffik Abdul Rahman) Ching Hong Aik, Abdul Halim Zainal, S. Kunanlan, Idris Abd Karim, Shahurain Abu Samah.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, (Akmal Rizal Ahmad Rakhli), Mohd Farisham Ismail, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairol Fitree Ishak, Mohd Shakir Shaari, (Khairan Eroza Razali), Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohd Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, (S. Chanturu)Hairuddin Omar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain