suria

Piala MB Akhiri Aktiviti Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) akan menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Piala Menteri Besar Terengganu bulan depan sebagai mengakhiri aktivitinya tahun ini.

Pengerusinya Mohd Shapian Ali berkata bagi peminat dan pendokong sepaktakraw Terengganu, kejohanan itu amat dinantikan kerana ia merupakan kejohanan yang paling berprestij dalam negeri.

"Pemain-pemain negeri Terengganu akan dipilih menerusi kejohanan ini bagi menghadapi semua kejohanan anjuran Persatuan Sepaktakraw Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Isnin.

Katanya kejohanan itu juga sebagai persediaan PSTNT untuk menghadapi Kejohanan Sepaktakraw Piala Emas Khir Johari yang akan diadakan awal tahun depan.

Beliau berkata kejohanan itu terbuka kepada rakyat Terengganu dan borang-borang untuk menyertai kejohanan itu akan dikeluarkan sebaik sahaja PSTNT menetapkan tarikh kejohanan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Juara GP Korea

Artikel Lain