Norizan Bakar Dilantik Kendali Skuad Liga Super 2011 Perak - Sukan | mStar

Norizan Bakar Dilantik Kendali Skuad Liga Super 2011 Perak

IPOH: Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) hari ini mengumumkan pelantikan bekas jurulatih bolasepak negara Norizan Bakar sebagai ketua jurulatih skuad negeri itu bagi menggalas saingan Liga Super dan Piala Malaysia bagi musim 2011/2012.

Presiden Pafa Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata Norizan akan dibantu penolong jurulatih Chong Yee Fatt dan Talib Saidi selaku jurulatih penjaga gol.

"Jawatankuasa menyifatkan Norizan, 49, yang pernah membimbing skuad Perlis, Pulau Pinang, skuad kebangsaan bawah 23 tahun dan Kelantan, adalah calon terbaik untuk melakar kecemerlangan skuad Seladang musim depan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata jawatankuasa eksekutif turut melantik bendahari Pafa Khairul Azwan Harun sebagai pengurus pasukan dan beliau akan dibantu dua bekas pemain negeri selaku penolong pengurus iaitu Isham Sharuddin dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian.

Mengenai barisan pemain yang bakal menyarung jersi skuad itu pada musim depan, Zainol yang juga Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri berkata, perkara tersebut akan diputuskan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt ini.

Beliau berkata Pafa akan berbincang dengan pemain musim lalu yang masih mempunyai kontrak sehingga akhir tahun ini. Norizan menggantikan Raja Azlan Raja Shoib yang sebelum ini mengambil alih daripada Datuk M.Karathu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain