suria

Skuad Ping Pong Paralimpik Buru Pingat Di Korea

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat dari Kejohanan Ping Pong Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Gwangju, Korea Selatan, yang bermula Isnin ini.

Pengurus pasukan negara, Halimon Mohd Sood berkata sandaran pingat diletakan kepada Koh Zhi Liang dan Ting Ing Hock yang akan mengambil bahagian dalam acara berpasukan lelaki TT9 (Kecacatan anggota badan).

"Ini adalah kali pertama kita layak secara merit ke kejohanan IPC dunia dan saya yakin Koh dan Ting mampu beraksi cemerlang sehingga ke peringkat akhir," katanya, Sabtu.

Halimon berkata Malaysia akan berentap dengan pasukan Hungary, Belanda, Amerika Syarikat dan Perancis dalam peringkat kumpulan.

"Saya harap ini bukanlah satu laluan sukar bagi pemain kita kerana Koh dan Tiang kini masing-masing menduduki tangga kesembilan dan ke-18 dalam ranking dunia," katanya.

Beliau berkata kejohanan seminggu itu juga menyediakan mata ranking dunia kepada peserta untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik London pada 2012.

Halimon berkata semua persedian telah dilakukan dengan sempurna dan skuad negara dijadualkan berlepas ke Gwangju, Korea pada malam Ahad.

Beliau berkata selain Koh dan Tang, dua lagi atlet negara yang akan menggalas cabaran tersebut ialah Mohd Nazizul Hamzah dan Engku Ali Engku Ngah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain