suria

Gol Hernandez Julang Red Devils

Hernandez meraikan gol keduanya di gelanggang lawan.
Hernandez meraikan gol keduanya di gelanggang lawan.
Hernandez meraikan gol keduanya di gelanggang lawan.

MANCHESTER United akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama di tempat lawan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menundukkan Stoke City 2-1 di Stadium Britannia, Ahad.

Penyerang Javier Hernandez meletakkan United di depan menerusi tandukannya pada minit ke-27.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian Tuncay Sanli ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Pemain kebangsaan Mexico itu kembali melengkapkan gol kemenangan United selepas memanfaatkan hantaran Patrice Evra pada minit ke-86.

United kini kembali menduduki kedua berbekalkan 17 mata daripada sembilan perlawanan.

Sementara itu, kelibat penyerang England, Wayne Rooney tidak kelihatan pada pertemuan berkenaan.

Dia masih menanggung kecederaan buku lali dan kini dilaporkan berada di Dubai untuk meraikan sambutan hari lahir ke-25nya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain