suria

Jean Chua Tonjol Aksi Memukau Pada Pusingan Kedua

Pemain profesional negara, Jean Chua berjaya melakukan eagle pada pusingan kedua Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Sabtu. Foto: GLENN GUAN/The Star

KUALA LUMPUR: Pemain golf profesional negara, Jean Chua membuktikan kehebatannya selepas berjaya melakukan eagle pada pusingan kedua Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia, Sabtu.

Jean yang melakukan eagle di par empat lubang ke-13 sekaligus mengungguli kedudukan ke-11 bersama Yang Amy (Korea), Lee Kor Seon Hwa (Korea), Lim Christina (AS), Yoo Kor Sun Young (Korea) dan Sharp Alena (Kanada) dengan mengumpul dua bawah par 140 selepas dua pusingan.

“Saya gembira dengan permainan hari ini dan berjaya melakukan pukulan eagle tanpa dijangka. Sememangnya ia memberi lebih semangat untuk meneruskan permainan esok,” kata yang mula menjadi pemain profesional selepas menjuarai LPGA Terbuka Thailand tahun lepas.

Jean berjaya mencatatkan dua birdie pada lubang keempat dan keenam dan bogey tunggal untuk tiga bawah par 68 selepas memulakan cabaran dari lubang ke-10 dengan pukulan birdie tetapi melakukan bogey pada lubang berikutnya dan bangkit semula dengan pukulan eagle di lubang ke-13.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Kelly Tan sedikit terkilan kerana gagal membuat pukulan terbaiknya hari ini dengan catatan dua atas par 73 untuk mengumpul 143 pukulan selepas dua pusingan.

Kelly kini berada ditangga ke-34, berkongsi kedudukan bersama lima lagi pemain lain.

Selain itu, tiga lagi wakil negara pemain amatur Aretha Pan menduduki tempat ke-57 dengan catatan 162 manakala Cindy Lee-Pridgen dan seorang pemain amatur, Diana Tham berkongsi kedudukan tempat ke-58 dengan 164.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Sime Darby LPGA Malaysia ini menampilkan 50 pemain LPGA teratas daripada Senarai Wang Rasmi dan 10 pengecualian penaja.

Kejohanan ini menawarkan hadiah berjumlah US$1.8 juta (RM5.6 juta) manakala format permainan yang akan digunakan pada kejohanan tiga hari ini ialah permainan strok 54 lubang.

Artikel Sebelum

WPKL Pertahan Gelaran Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain