suria

Masa Depan Rooney Terus Cetus Tanda Tanya

MANCHESTER United enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masa depan penyerangnya, Wayne Rooney (gambar) selepas mesyuarat di antara Sir Alex Ferguson dan David Gill walaupun mereka mengakui telah mengadakan rundingan dengan ejen pemain itu.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 18 kali itu mengesahkan Rooney mungkin akan dimasukkan dalam senarai pemain yang akan dijual atau diberi peluang untuk mempertimbangkan keputusannya.

Rooney mengejutkan peminat United seluruh dunia selepas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Old Trafford demi masa depannya dan enggan menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.

Susulan perbincangan itu, United mengeluarkan kenyataan meminta penyokong supaya bersabar.

"Kami menyedari perkara itu mencuri tumpuan ramai pada ketika ini tetapi tiada apa-apa perkembangan dilaporkan hari ini.

"Saya boleh mengesahkan beberapa mesyuarat telah dilakukan termasuk dengan ejen Rooney. Hasil mesyuarat itu kelak akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat. Kami meminta supaya semua penyokong bersabar," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Berikut

Artikel Lain