suria

Liverpool, Napoli Seri 0-0

Penjaga gol Napoli, Morgan De Sanctis (dua dari kanan) menepis percubaan pemain Liverpool ketika pertemuan di Stadium San Paolo.

LIVERPOOL mengetepikan kekalahan ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu dengan bangkit mengikat Napoli 0-0 pada perlawanan Liga Europa, Jumaat.

Pengurus The Reds, Roy Hodgson mengambil risiko berkunjung ke Stadio San Paolo tanpa kelibat pemain senior seperti Fernando Torres dan Steven Gerrard.

Pasukan yang berada dalam prestasi terumbang-ambing pada ketika ini, nyaris memecah kebuntuan menerusi percubaan Ryan Babel ketika perlawanan berbaki 20 minit, tetapi jaringannya terlalu dekat dengan penjaga gol Morgan de Sanctis.

Dalam sidang media pra perlawanan, Hodgson mengakui bahawa EPL menjadi keutamaannya selepas mengambil kira kedudukan Liverpool yang mengisi kedudukan tercorot berbekalkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan pada awal musim.

Oleh sebab itu, beliau memutuskan untuk merehatkan Torres, Gerrard, Raul Meireles dan Lucas Leiva.

Bagaimanapun, mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Europa musim ini.

Liverpool menduduki tangga teratas Kumpulan K dengan kutipan lima mata manakala Napoli di tempat kedua dengan tiga mata.

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Berikut

Artikel Lain