suria

Liga Europa: Hatrik Adebayor Cipta Sejarah

Adebayor meraikan gol ketiganya dalam saingan Liga Europa di hadapan penyokong sendiri.
Adebayor meraikan gol ketiganya dalam saingan Liga Europa di hadapan penyokong sendiri.
Adebayor meraikan gol ketiganya dalam saingan Liga Europa di hadapan penyokong sendiri.

EMMANUEL Adebayor menjadi pemain Manchester City pertama yang mencipta hatrik di Eropah selepas pasukan kendalian Pengurus Roberto Mancini itu menewaskan Lech Poznan 3-1 pada saingan Liga Europa, Jumaat.

Penyerang itu meletakkan City didepan seawal minit ke-12 selepas menyudahkan hantaran kemas Patrick Vieira.

Bekas bintang Arsenal itu menggandakan jaringan dari jarak dekat pada minit ke-23 selepas menanduk masuk hantaran silang David Silva dan gagal ditangkap penjaga gol lawan, Jasmin Buric.

Joel Tshibamba memberi harapan baru kepada pasukan lawan apabila menjaringkan gol selepas memanfaatkan kerapuhan di benteng pertahanan City pada babak kedua.

Kedua-dua pasukan memberi tentangan sengit di separuh masa kedua tetapi City menamatkan perlawanan itu sebagai juara selepas Adebayor melengkapkan gol ketiga pada minit ke-73.

City mengungguli kedudukan teratas Kumpulan A dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Kelab gergasi Itali, Juventus pula sekadar seri 1-1 dengan Salzburg dalam perlawanan berasingan.

City akan berlepas ke Poland pada perlawanan timbal balik, 4 November ini.

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Berikut

Artikel Lain