suria

Tinggalkan United Kerana Masa Depan: Rooney

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney memberitahu kekurangan minat kelab untuk meraih kejuaraan punca utama dia ingin meninggalkan kelab itu.

Rooney membuat kenyataan selepas pengurus kelab itu, Sir Alex Ferguson memberi komen mengenai niat Rooney ingin meninggal kelab itu sebelum ini.

“Saya ada bertemu dengan David Gill (Ketua Pegawai Eksekutif United), minggu lalu dan beliau tidak memberi keyakinan kepada saya mengenai masa depan pasukan ini.

“Dan saya memberitahunya, saya tidak akan menandatangani kontrak baru,” katanya.

Bagaimanapun Rooney turut terkejut dengan pendedahan yang dilakukan Ferguson mengenai alasan mengapa dia ingin keluar daripada kelab itu.

Sementara itu Rooney berkata, dia sangat menghormati ketua United itu tetapi faktor arah tujuan yang tidak jelas amat mengecewakannya.

“Saya berminat mendengar apa yang diberitahu Sir Alex semalam dan ia sememangnya mengejutkan saya.

“Memang betul apa yang diberitahunya itu, dan saya bersama agen telah berjumpa bagi menandatangai kontrak. Sejak perjumpaan Ogos lalu, saya telah bertanyakan mengenai jaminan untuk menjadikan kelab sebagai pasukan teratas dunia.

“Saya tidak pernah ada apa-apa tetapi saya tetap hormatkan MUFC. Persoalannya, kenapa saya masih lagi tidak melakukan sejarah terbaik di sini, walaupun enam tahun kebelakangan ini saya antara sebahagian pemain yang bertuah berada di sini?.

“Bagi saya, semua yang berlaku ini adalah disebabkan faktor kejuaraan, seperti mana yang sering dilakukan oleh Sir Alex. Selain itu, beliau telah banyak menolong saya, bukan saja sebagai pengurus tetapi sebagai mentor yang terus memberi sokongan sejak saya berpindah ke sini dari Everton ketika berumur 18 tahun.

“Untuk Manchester United, saya harap beliau akan terus perjuangannya kerana Sir Alex adalah antara orang yang bijak,”katanya.

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Lain