suria

Lebih 90 Pasukan Sah Sertai Kejohanan Boling Padang Langkawi

LANGKAWI: India, Filipina dan Singapura merupakan tiga negara luar yang telah mengesahkan penyertaan ke Mahsuri Cup International Lawn Bowls Langkawi 2010 yang akan Selasa depan di Kompleks Sukan Langkawi di sini.

Pengarah kejohanan Noraini Abu Bakar berkata negara berkenaan masing-masing akan menghantar enam pasukan untuk mengambil bahagian pada kejohanan itu yang mempertandingkan acara beregu campuran.

Sehingga kini sebanyak 97 pasukan dari dalam dan luar negara mengesahkan menyertai kejohanan itu yang mensasarkan penyertaan 86 pasukan, katanya, di sini, Khamis.

Beliau berkata pasukan Gemilang yang menghantar lapan pasukan adalah antara yang menjadi pilihan pada kejohanan seminggu itu.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) sebagai tuan rumah menghantar lima pasukan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Lain