suria

Kelab Australia Sertai Kejohanan Bola Keranjang Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyertaan sulung kelab bola keranjang Australia West Tiger dijangka memeriahkan lagi Kejohanan Bola Keranjang Antarabangsa Malaysia (MIBC) ketiga di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dari 25 hingga 27 November ini.

Setiausaha agung MABA Sim Sin Heng berkata selain pasukan Malaysia, kategori lelaki MIBC kali ini turut menyaksikan penyertaan pasukan Guangxi dari China dan Taiwan Mobile Cloud Leopard.

"Malaysia akan diwakili pasukan kebangsaannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Bagi kategori wanita pula, kejohanan ini disertai pasukan Guangzhou Youth Team dari China, Fooguang University of Taiwan, manakala Singapura dan Malaysia diwakili pasukan kebangsaan masing-masing.

Sim berkata kejohanan itu akan dijalankan mengikut format pusingan robin, dengan dua pasukan teratas bertemu pada perlawanan akhir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Lain