Kejohanan Kebangsaan Medan Cari Pemain ke Skuad Negara - Sukan | mStar

Kejohanan Kebangsaan Medan Cari Pemain ke Skuad Negara

KUALA LUMPUR: Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-32 yang bakal berlangsung 21 hingga 24 Oktober ini di Stadium Juara, Bukit Kiara, bakal menjadi medan mengenalpasti bakat baru dan berpotensi untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan.

Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) sudahpun mengesahkan bahawa pasukan Malaysia layak menyertai kejohanan yang akan berlangsung pada Julai 2011 di Singapura nanti.

Menurut Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Suraya Yaacob, melalui kejohanan dunia itu, Malaysia mensasarkan untuk memperbaiki ranking dunia daripada 16 ketika ini ke kedudukan ke-14.

“Pemain Malaysia sudah boleh bersaing di segi fizikal namun kita masih perlu meningkatkan daya ketahanan mental apabila bertemu pasukan kuat seperti Australia, New Zealand atau Afrika Selatan,” ujarnya.

Kejohanan kali ini akan disertai 12 pasukan yang dibahagi kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan A, Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur, Perlis dan Negeri Sembilan.

Kumpulan B, Johor, Pahang dan Angkatan Tentera.

Kumpulan C termasuk Melaka, Selangor dan Perak manakala Kumpulan D, Kedah Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada kejohanan ini juga, PBJM akan menilai sejauh mana kemampuan Persatuan Negeri menguruskan persatuan masing-masing dan juga mempertingkatkan aspek pengendalian teknikal.

Pada edisi 2009, Wilayah Persekutuan muncul juara setelah mengalahkan Johor pada saingan akhir.

Artikel Sebelum

Johor FC Ranapkan Kubu NS 1-0

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Berkaitan

default image

Kang Tawan LPGA Malaysia

Artikel Lain