suria

Tuan Rumah Piala Asia AFC 2015 Diumumkan Pada 6 Januari

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan mengumumkan negara tuan rumah bagi Kejohanan Piala Asia AFC 2015 pada 6 Januari depan.

Menurut kenyataan AFC hari ini, keputusan itu akan buat pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC yang bersidang semasa Kongres AFC di Doha, Qatar, pada hari tersebut.

"Australia merupakan negara tunggal membuat bidaan bagi kejohanan utama AFC itu dan disyaratkan mematuhi proses pembidaan rasmi yang dirangka oleh AFC.

"Sebahagian daripada proses pembidaan itu, Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) akan menyampaikan persembahan akhir dan menjawab soalan, jika ada, daripada Jawatankuasa Eksekutif," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu kemudian akan memperhalusi bidaan itu sebelum mengumumkan tuan rumah bagi kejohanan edisi 2015 itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain