suria

Rooney Mahu Angkat Kaki Dari MU

WAYNE Rooney (gambar) memberi kata dua kepada Manchester United bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu selepas perbincangan mengenai kontraknya gagal mencapai persetujuan bersama.

Desas-desus itu mula menjadi topik hangat di dada akhbar, pagi Isnin.

Beberapa pegawai United dimaklumkan bahawa Rooney tidak akan menandatangani kontrak baru dan mahu berundur dari Old Trafford.

Timbul beberapa dakwaan mengenai hubungan Sir Alex Ferguson dengan penyerang sensasi itu mula renggang sejak skandal seksnya dengan dua pelacur bulan lalu terbongkar.

Rooney kemudiannya tampil menyangkal dakwaan Ferguson pada Selasa selepas pertemuan England dengan Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 dengan menegaskan dia bebas daripada kecederaan buku lali.

Begitupun, United menolak sekeras-kerasnya spekulasi Rooney mahu meninggalkan kelab itu.

"Sebarang cadangan untuk menjual Wayne Rooney pada Januari tidak masuk akal," kata jurucakap kelab itu.

Ferguson tidak mahu memberi komen lanjut mengenai hubungannya dengan Rooney tetapi segalanya jelas apabila dia tidak menurunkan pemain berusia 24 tahun itu dalam skuad utama ketika bertemu West Brom minggu lalu.

Pada perlawanan itu Rooney sekadar beraksi dalam 19 minit terakhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain