Liverpool Makin Terdesak - Sukan | mStar

Liverpool Makin Terdesak

Pemain Liverpool, Fernando Torres kecewa selepas pasukannya dikalahkan Everton, Ahad.
Pemain Liverpool, Fernando Torres kecewa selepas pasukannya dikalahkan Everton, Ahad.

PASUKAN Liverpool terus dirundung malang apabila gagal meraih sebarang mata setelah ditundukan Everton 0-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad.

Perlawanan pertama dibawah kendalian pengurusan baru ini gagal membantu skuad bimbingan Roy Hodgson mencari sebarang gol walaupun ada beberapa peluang menarik untuk mendapatkan jaringan.

Tim Cahill dan Mikel Arteta menjadi pemusnah Liverpool apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-34 dan 50 permainan.

Aksi malang ini dilihat berpunca apabila pemain-pemain gagal memberi idea yang bijak dalam permainan sehinggakan pemain Everton dapat merebut bola dengan mudah.

Apa yang pasti, Hodgson berharap dengan kedatangan pemilik baru, John W Henry mampu memberi peluang kepadanya untuk mencari pemain-pemain yang lebih baik apabila musim perpindahan akan kembali dibuka Januari ini.

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Malaysia Suku Akhir

Artikel Berkaitan

default image

Hernandez Jadi Pilihan Melayan Spurs

Lebih Artikel

RON95, RON97 naik 10 sen