suria

KBS Perinci Peruntukan Bajet Yang Diterima

KUALA TERENGGANU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memperincikan penambahan peruntukan sebanyak RM365 juta kepadanya dalam Bajet 2011, kata Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata penganjuran sukan di dalam dan luar negara perlu diberi perhatian menerusi peruntukan tersebut.

"Ia juga meliputi soal pembangunan seperti soal latihan di luar dan dalam negara serta penambahan kelengkapan sedia ada selain mengukuhkan sains sukan termasuk pembangunan atlet dari segi saintifik," katanya, Sabtu.

Mengenai peruntukan RM20 juta bagi menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang, Ahmad Shabery berkata pihaknya sudak mengenal pasti beberapa kawasan untuk pembinaannya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain