suria

Rooney Bidas Dakwaan Ferguson

Rooney mahu beraksi lebih kerap untuk memperbaiki prestasi semasanya.
Rooney mahu beraksi lebih kerap untuk memperbaiki prestasi semasanya.
Rooney mahu beraksi lebih kerap untuk memperbaiki prestasi semasanya.

WAYNE Rooney menyangkal dakwaan Sir Alex Ferguson dengan mendakwa buku lalinya bebas dalam sebarang kecederaan sepanjang musim.

Kenyataan penyerang Manchester United itu dikeluarkan selepas England terikat 0-0 dengan Montenegro di Wembley pada kempen kelayakan Euro 2012.

Komen itu dilihat bercanggah dengan kenyataan terdahulu yang dikeluarkan Ferguson terhadap Rooney yang turut menjadi tumpuan media selepas skandal seksnya bersama dua pelacur terbongkar.

Bintang berusia 24 tahun itu menegaskan dia perlu kerap beraksi untuk mencapai kecergasan maksimum selepas dibelenggu kecederaan pada kempen awal musim.

Ketika ditanya sama ada kecederaan buku lalinya itu menjejaskan persembahannya, Rooney berkata, ia tidak sama sekali berkaitan dengan masalah itu.

"Tidak, saya tidak mempunyai sebarang kecederaan buku lali untuk aksi sepanjang musim. Saya tidak tahu mengapa Ferguson mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain