suria

Pingat Gangsa Milik Elaine Koon

NEW DELHI: Gimnas negara Elaine Koon menambah satu lagi pingat gangsa untuk Malaysia selepas menduduki tempat ketiga di Sukan Komanwel 2010 dalam acara gimnastik berirama (persaingan keseluruhan individu wanita) akhir di sini, Rabu.

Beliau memperoleh 96 mata dalam acara yang diadakan di Stadium Indira Gandhi.

Peserta Australia Naazmi mengutip pingat emas dengan 100.1 mata dan Chrystalleni Trikomit dari Cyprus mendapat pingat perak selepas mengumpul 98.97 mata.

Seorang lagi gimnas negara, Nur Hidayah Abdul Hamid menduduki tempat keenam daripada 16 peserta yang menyertai acara itu.

Hari ini, kedua-dua peserta negara akan menyertai acara apparatus tali individu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain