Mew Choo Hanya Kutip Pingat Perak, Tewas Kepada Pemain India - Sukan | mStar

Mew Choo Hanya Kutip Pingat Perak, Tewas Kepada Pemain India

NEW DELHI: Pemain Malaysia Wong Mew Choo hanya mampu mengutip pingat perak selepas tewas kepada pemain India Saina Nehwal dalam perlawanan akhir badminton perseorangan wanita Sukan Komanwel di Kompleks Sukan Siri Fort di sini. Bagaimanapun, pemain India itu terpaksa berhempas pulas mengalahkan Mew Choo yang menyimpan impian untuk mendapatkan pingat emas pertamanya dalam temasya itu.

"Ini merupakan permainan paling sengit," kata Saina.

Dalam separuh masa permainan, Saina sukar membaca permainan lawannya dan hilang beberapa mata di depan gelanggang dan jaring untuk memberi kemenangan 21-19 kepada Mew Choo.

"Dia pantas berlari dan mengambil setiap pukulan," kata Saina mengenai persembahan Mew Choo yang bermain di luar persembahan biasanya.

Dalam set kedua, Saina hampir tewas apabila melakukan beberapa kesilapan dan bertukar servis dengan Mew Choo beberapa kali sehingga permainan terikat 20-20.

Usaha Saina yang berhempas pulas untuk memenangi perlawanan akhirnya berbalas apabila menamatkan set kedua 23-21.

Mew Choo, 27, mula memperlahankan permainan di tengah-tengah perlawanan penentuan tetapi lawannya, terus mengutip mata.

Kemenangan menjadi milik Saina apabila pukulan Mew Choo tersangkut di jaring bagi menamatkan perlawanan dengan 21-13.

Saina menangis dan meluru ke arah mentornya Pullela Gopichand.

Mew Choo gagal mengawal perasaannya kerana gagal memenuhi hasrat meraih emas tetapi rakan-rakan dan chef-de-mission Malaysia Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalif memujuknya.

"Saya telah cuba sedaya upaya tetapi tak ada nasib," katanya kepada pemberita kemudian selepas majlis penyampaian pingat. Liz Cann dari England pula mendapat gangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia Hanya Mampu Di Tangga Kelapan

Artikel Berikut

Pandelela Tarik Diri Acara 3M Papan Anjal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain