suria

Malaysia Hanya Mampu Di Tangga Kelapan

NEW DELHI: Skuad hoki lelaki negara mencatatkan rekod paling buruk dalam sejarah Sukan Komanwel selepas mengakhiri saingan pada Sukan Komanwel 2010 di sini dengan menduduki tangga kelapan daripada 10 negara.

Malaysia hanya mampu mencipta satu kemenangan apabila menewaskan Scotland 2-0 pada peringkat kumpulan sebelum tewas dengan tuan rumah India 2-3, Pakistan 1-4 dan Australia 0-7.

Pada perlawanan penentuan tempat ketujuh, Selasa lalu, Malaysia tewas 2-3 kepada Kanada.

Dalam perlawanan akhir hari ini, juara bertahan Australia mengekalkan pingat emas dengan membelasah India 8-0 sementara New Zealand menduduki tempat ketiga.

Pada temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Malaysia memperoleh pingat gangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain